Thursday, December 15, 2011

Keborosan!

I have a confession to make. Bismillah.. Nak cerita tentang tabiat saya yang satu ini. Bila saya stress, saya suka menggembirakan hati saya dengan membeli sesuatu yang boleh membuat saya gembira. Erti kata lain, mengikis duit sendiri untuk beli apa yang dihajati. Tak pernah kisah samada waktu tu awal, tengah atau akhir bulan. Gaji dah masuk atau belum, yang penting saya beli. Hati saya puas! Tak kisahlah, samada barang yang dibeli untuk diri sendiri atau untuk orang-orang tersayang, janji saya mesti beli! Saya tahu tabiat yang satu ini tidak baik untuk kesihatan kewangan dan ekonomi rumah tanpa tangga saya ini. Tapi, ia seperti sudah menjadi habit. Sangat buruk ok. 

Mama selalu kata, saya ni mesti cari lelaki yang tahu nilai duit. Supaya boleh control sikit perangai saya yang kadang-kadang tu OVER. Mama sempat membebel sungguhpun baru je dapat hadiah purse baru. Membebel sambil tersenyum. Sampai ke telinga pula tu. Haha.

Haih....Entahlah ye. Mungkin persekitaran yang menyebabkan saya jadi begini (eh, nampak sangat macam senang terpengaruh, kan?) Maksud saya, saya rasa saya mewarisi perangai abah saya. Saya memang selalu observe perangai abah saya. Asalmana dia tension, dia mengikis duit sendiri dengan membeli benda yang dia suka. Apa yang dia suka tu? Apa lagi kalau bukan BUKU. Abah boleh membelanjakan sehingga beribu untuk buku sahaja. Agak-agak, ini contoh baik atau buruk untuk diteladani? 

Orang lelaki kelebihan mereka adalah fokus. Mereka memang fokus. Kalau pergi berbelanja hanya mengambil apa yang mereka memang rancang untuk beli, apa yang memang sudah set dalam kepala. Sedangkan orang perempuan, errmmmm faham-faham sendirilah yek.

Macamana saya nak hilangkan tabiat ini? Saya harap saya boleh bertahan. Setakat ini tak pernah lagi lemas tapi pernah lah hampir-hampir tenggelam paras hidung. Haha.

Saya rasa saya boros. Awak?

Regards.

No comments: