Sunday, September 16, 2012

Monte Carlo

Salam,

Tiba-tiba saya rasa nak cerita pasal Monte Carlo. Any idea siapa/apa Monte Carlo ni?

(^_^)

Monte Carlo ni sebenarnya adalah sebuah stesen radio Arab yang berpengkalan di France. Ketika mula-mula belajar bahasa Arab di Sudan dulu, saya paksa diri dengar radio Arab ini supaya cepat faham bahasa Arab (sekitar tahun 2000-2001). Masa itu muda remaja (15 tahun ok), sangat suka mendengar lagu (sekarang pun suka juga, tapi berpada-pada dan memilih). 

Kerana Monte Carlo la saya tahu lagu-lagu top ketika itu seperti Lailah Habibi, Youm Wara Youm semuanya nyanyian Samira Saeid penyanyi dari Maghribi. Lama selepas itu barulah muncul terkenal penyanyi Nancy Ajram (Lubnan), Amr Diab (Mesir) dan seangkatan dengannya.

Macamana saya tahu pasal stesen radio ini? 

Semuanya bermula selepas driver yang selalu hantar dan angkut saya tu, asyik tune stesen radio Monte Carlo. Mungkin kerana lagu-lagu yang berkumandang tu selalu kedengaran catchy pada pendengaran telinga saya ini membuatkan saya  bertanya stesen radio apakah itu. Dan bermulalah dari situ saya mendapat idea sebagai antara usaha saya menambah kecintaan kepada bahasa syurga ini.

Akibat dari mendengar Monte Carlo tu, lama-lama telinga saya ini sudah serasi dengan perbualan dan percakapan Arab. Saya sudah makin terbiasa dengan keadaan dan suasana tersebut. Ia membuatkan saya makin bersemangat belajar bahasa Arab dan akhirnya berasa yakin dan berani untuk bertutur dengan bahasa tersebut.

Masa berlalu, sekarang Monte Carlo bukan lagi menjadi pilihan utama saya. Tetapi, saya mengingati jasanya kerana mendekatkan saya dengan bahasa Arab. Kini, saya lebih selesa dan senang mendengar stesen seperti Allahu Akbar Radio. Terasa lebih terisi.

p/s: Lain orang lain cara pendekatannya. Radio mungkin salah satu cara yang ada. Tapi ia bukanlah satu2nya wadah saya belajar bahasa Arab. Pergaulan seharian dgn pelajar dan masyarakat di Sudan dulu mmg banyak membantu. Tak rugi saya duduk asrama. 

Visa pertama ke Sudan.
Tahun 2000.
 

No comments: