Assalamualaikum,
Tahun 2012 telah berlalu. Hari terakhir 2012, saya bercuti. Saya habiskan masa di rumah, UIA dan juga di Masjid Shah Alam. Di UIA saya berkesempatan bertemu sahabat-sabahat lama yang kebetulan berada di universiti. UIA agak meriah ketika ini kerana musim peperiksaan. Di mana-mana sahaja akan terlihat pelajar mengulangkaji samada di dalam masjid, tangga masjid, di kafeteria bahkan di tepi sungai. Tiba-tiba terasa rindu suasana tersebut. Bertemu dengan sahabat2, sempat bergaul mesra dan bermaafan untuk sekian kalinya kerana sudah lama tidak berjumpa. Alhamdulillah, sempat juga melawat AmIslamic Bank branch di UIA tetapi tidak berkesempatan bertemu dengan pengurusnya. Mungkin di lain kesempatan, InshaAllah.
Pada sebelah petang, saya melihat Ridhwan sudah bersiap dengan jubah, kopiah dan selendang putihnya itu. Pastinya mahu ke masjid. Saya bertanya samada boleh saya ikut serta. Alhamdulillah kebetulan kawan2nya tidak jadi pergi bersama, saya berpeluang ikut serta.
Perjalanan ke Shah Alam memenatkan kerana kesesakan lalu lintas yang agak teruk. Gurau teman di FB, ada 2 kemungkinan kesesakan berlaku. Samada ramai berpusu2 ke i-City atau berpusu2 ke Dataran Shah Alam (Ceramah Ustaz Azhar Idrus). Saya tersenyum.
Alhamdulillah, kami selamat sampai di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kami tidak pergi ceramah UAI tetapi mmg sedari awal berniat untuk hadir majlis zikir munajat Syeikh Muhammad Nuruddin di MSSAAS. Alhamdulillah walaupun jem, sempat sampai dan dapat tunaikan solat Isyak berjemaah.
Petikan kata-kata Syeikh Nuruddin, kita tidak tahu baki berapa lama lagi tahun kita akan hidup? Teruskan berusaha mencari redhaNya dalam segala amalan kita. Letak Allah dalam hati, sentiasa mengingatiNya setiap masa. Alhamdulillah saat kelaparan dapat menjamah nasi, Alhamdulillah saat kehausan ada minuman pembasah tekak. Inilah rahmat Allah. Ingat Allah. Ingat Allah.
Kami pulang dengan terasa lapangnya dada. Mudah-mudahan Allah redha.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari pertama tahun 2013, saya hadirkan diri ke usrah kumpulan yang sudah 2 minggu saya tinggalkan.
Alhamdulillah, usrah berjalan lancar walaupun tanpa kehadiran naqibah kerana beliau bekerja hari ini menjaga pesakit. Di saat orang lain santai bercuti, beliau dengan tugasannya di hospital. Moga Allah rahmati.
"1% now and 99% to come" - itu antara pengkongsian kami hari ini. Melalui surah Az-Zumar ayat 53 & 54 Allah SWT berkata terjemahannya:
Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya (bagi siapa yang Dia kehendaki? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Sesungguhnya kebaikan yang kita buat pada hari ini walaupun sedikit, sekelumit cuma pasti akan dapat ganjarannya. Jangan berhenti dari melakukan kebajikan, kebaikan dan berusaha mendaoat rahmat dari Allah Swt. Jika kita ingin berubah, merubah diri dari kurang baik kepada yang lebih baik, lakukannya. Kerana sesungguhnya setiap usaha yang kita lakukan, akan ada ganjarannya. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada hasilnya tetapi sejauh mana keikhlasan dan usaha yang kita lakukan untuk ke arah itu,
لا تقنطوا من رحمة الله
-Janganlah Kamu berputusa asa dengan rahmat Allah-
Dalam melakukan perubahan, ada 3 jenis manusia:
- Yang pertama, orang yang gagal yang membenarkan kegagalannya untuk menguasai dirinya sehingga merasakan tiada lagi harapan untuknya berubah.
- Kedua, orang yang sememangnya tidak mahu langsung berubah.
- Ketiga dan terakhir adalah orang yang memang benar melakukan perubahan dan menjadi contoh kepada orang lain. An ambassador to others.
Waallahulam.
No comments:
Post a Comment