Saturday, December 29, 2012

Cantik Vs Kurang Cantik

بسم الله الرحمن الرحيم

Semua orang sukakan kepada perkara yang cantik. Itu fitrah! Lelaki suka pada wanita yang cantik dan wanita juga tertarik kepada lelaki yang tampan. Umpama sempurna kehidupan memliki pasangan yang indah.

Allahu Akbar! Mmg Allah SWT menciptakan makhluknya mempunyai rupa paras yang berbeza. Menjadi unik dengan diri sendiri. Tidak sama dengan yang lainnya.

Tapi, ramai orang yang tidak pandai menggunakan hikmah yang Allah berikan ini dengan sebaiknya. Allahu Akbar! Kerdilnya rasa diri ini.

Aku bukan seorang wanita yang memiliki paras rupa menawan. Dan tidak ada apa pun yang boleh dibanggakan melainkan aku punyai iman dan agama yang perlu dipelihara.
Kadang-kadang merasa terkilan kerana tidak sedikit cuma yang memandang lahiriah. Apa ada pada lahiriah jika zahiriah rosak binasa. Hati yang penuh rasa benci, hasad dan dengki. 

Allah Allah Allah. Ampunkan aku. Ampunkan aku.

No comments: