Setiap kali perlawanan bola Malaysia bertemu dengan Indonesia semacam ada satu perasaan tidak mahu kalah walau apapun yg terjadi. Kenapa ya? Tiada lagi perasaan ingin bertolak ansur. Tahu ianya hanya sekadar permainan adat ada menang dan ada yang kalaH. Tapi kalau lawannya adalah Indonesia, Malaysia wajib menang. Mungkin luka lama masih belum sembuh lagi mengenangkan sikap orang Indonesia terhadap pemain kita ketika beraksi di tenpat mereka dlm satu perlawanan mega dulu. Alhamdulillah, malam ini Malaysia menang 2-0. Sujud syukur atas kemenangan ini. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kekuatan mental dan fizikal kpd pemain2 Malaysia. Credits to Alex ( Azamuddin Akil) dan Mahali Jasuli kerana menyumbang gol juga pemain2 yg lain antara yg menyerlah Zack dll.
Alhamdulillah, syukur!
P/S: Malaysia berjaya mara ke separuh akhir dan akan menentang Thailand. Terus mengaum Harimau Malaya! Kau kebanggaan kami menang atau kalah!
No comments:
Post a Comment