Sunday, January 12, 2014

#02 - Mimpi mainan tidur. Namun bg sesetengah org ia petanda

بسم الله الرحمن الرحيم

Malam tadi saya bermimpi. Berada di suatu bandar berlatarkan bangunan-bangunan lama. Seperti bandar Khartoum, Sudan. Bangunan-bangunan zaman penjajah masih utuh berdiri. 

Saya sesat mencari jalan pulang. Menghala ke kiri dan ke kanan tidak nampak jalan pulang. Manusia terlalu ramai membuat hati saya sesak. Saya bertanya pada mereka, tapi tiada seorangpun yang membalas soalan saya. 

Saya lelah.

Tiba-tiba datang seorang pemuda. Bertanya dan memimpin saya mecari jalan pulang. Sy menepis tangannya dan berkata "awak bukan muhrim saya dan tidak layak menyentuh saya". Lalu diambilnya tuala kecil yang diikat pada tangannya kemudian tangan saya dan dia terus memimpin saya.

Sepanjang perjalanan saya tidak putus-putus berselawat. Dalam hati seperti berdialog dengan tuhan walaupun hy sy sahaja yg berkata2. Ya Allah, apakah ini. Kerana saya tidak kenal pemuda itu, tidak pernah melihatnya dan takut sekiranya dia mengapa-apakan saya. 

Akhirnya kami sampai di sebuah tempat. Seperti masjid namun saya tidak nampak kubah atau mimbarnya. Di dalamnya saya lihat anak-anak gadis sedang duduk membulat beramai-ramai di hadapan seorang syeikh.  Seperti sedang belajar dan bertalaqqi gayanya. 

Hati saya semakin bersih pada pemuda itu. Dan sebelum sempat saya mengucapkan terima kasih, saya terjaga dari tidur. 

Dan sekarang di alam nyata saya masih terbayang-bayang apa yang saya alami dalam lena tadi. 

Allahu. Saya tidak tahu apakah petanda ini. 
Namun, saya yakin ada sesuatu yang cuba disampaikan. 

Allahuakbar, rahsiaNya hanya Dia sahaja yang maha mengetahui. 

No comments: