Saturday, January 11, 2014

#01 - Marhaban 2014. Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum,

Sudah lebih setahun tidak aktif berblogging. Kadang-kadang terbit rasa rindu ingin aktif berblogging semula seperti zaman belajar dulu namun, masa kini semakin mencemburui. Minat sahaja tidak cukup, tanpa azam dan kemahuan yang kuat.

Insyallah, mudah-mudahan dengan cubaan untuk come back semula ini berjaya, sekurang-kurangnya buat masa ini :)

Saya ingin mulakan cerita dengan permulaan yang baik di tahun 2014 ini. Adik saya, Ridhwan pada hari ini telah selamat bertolak ke Yaman dalam misinya menziarah saudara kami di sana. Kami mempunyai 2 orang sepupu; seorang lelaki dan perempuan yang sedang menghabiskan qiraat serta tahfiz di sana. Seorang di Tahrim dan seorang lagi di Sana'a. Jaulah kali ini diiringi oleh sepupu lelaki; Zakwan serta ibunya merangkap mak long kami.

Setelah itu, InsyaAllah jika diizinkan Allah, mengikut perancangannya mereka akan ke Saudi pula untuk menunaikan umrah. Mudah-mudahan perjalanan dipermudahkan Allah.

Saya, kedua ibu bapa dan Ridhwan sampai lebih awal di KLIA pagi tadi. Sambil menunggu ketibaan keluarga Mak Long, kami berbual-bual. Saya dapat rasakan jaulah Ridhwan kali ini merupakan suatu perkara yang 'besar & serius' untuk dirinya. Persediaannya jauh lebih mantap berbanding persediaan yang dilakukan untuk pergi umrah pada 2010. Persedian rohani semakin mantap. Itu yang dapat saya rasakan. Tidak sama seperti sebelum-sebelum ini.

"Adik, gaya awak ini dah macam orang nak merantau belajar agama pulak" gurau saya. "Bukan agama, tapi belajar adab" jawabnya penuh makna sambil tersenyum.

Sejak 4-5 tahun yang lalu adik saya sudah banyak melakukan perubahan. Dari baik menjadi lebih baik. Sudah menjadi kaki masjid serta suka meghadirkan diri ke majlis ilmu agama. Dia antara orang yang mula-mula hadir kuliah Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muaz Bin Jabal. Sudah menjadi murid habib sejak sebelum habib Ali menjadi terkenal seperti sekarang. Alhamdulillah. Perubahan yang pada mulanya nampak ketara, dilihat skeptikal pada awalnya, tetapi dia berjaya mengharunginya dan dapat terus istiqamah dengan amalan-amalan yang dilakukan. Alhamdulillah.

Yang paling merasa bahagia tentulah mama dan abah. Semua orang rasa bahagia. Alhamdulillah. Segala rasa syukur itu hanya pada Allah SWT.

"Mr Engineer dah macam ustaz la" Gurau saya sebelum kami berangkat ke KLIA

Gambar sekeluarga sebelum departure.

Tidak sabar menunggu adik pulang. Tidak sabar mendengar kisah travelog perjalanannya kali ini. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

~The End~

No comments: