Wednesday, February 19, 2014

Jodoh itu rahsia tuhan

Salam

Hari ini peti inboxku berdeting tanda pesanan baru masuk. Ku lihat gerangannya. Oh kenalan lamaku ketika belajar di Sudan dahulu. Aku tidak begitu mengenalinya secara dekat kerana ketika dia mula belajar di university yang sama, aku sudahpun berada di tahun akhir dan dalam persediaan menghabiskan thesis tahun akhir. Masaku banyak dihabiskan di perpustakaan serta di gedung-gedung ilmu mencari bahan, jarang dapat berkumpul dengan akhawat lain. Kebetulan dia tinggal di luar, bukan di asrama jadi agar jarang dapat bertemu,

Dia bertanyakan tentang alamatku. Ketika itu sudah dapat ku jangka tujuan dia menghantar pesanan. Sudah terbau-bau nasi minyak kataku memulakan bicara. Aku sengaja menduga, siapakah gerangan pengantinnya nanti? Seseorang yang aku kenali? soalku berbasahbasi.

Dengan nada malu-malu, dia mengiyakan bahawa bakal pengantin lelakinya seorang yang aku kenali juga dan apabila nama tercatit, hatiku berbisik oh sudahku jangka. Sudah lama menjangka namun selagi belum ada kepastian hanya hati sahaja yang berkata-kata. Mulut terkunci tanpa patah.

Alhamdulillah alfun mabruk! Sangat gembira dengan perkhabaran ini kerana mereka menjadi satu lagi pasangan yang berkahwin - pasangan yang sama-sama belajar di Sudan. Ini bakal meramaikan lagi Jemaah yang tersedia ramai ini. Alhamdulillah. Aku cukup bahagia.

Tiba-tiba ia menjadikan aku terkenang kenangan lama. Kenangan yang sehingga kini ku simpan jauh dalam dasar hati.

Dimanakah 'dia' ketika ini?

Jika diputarkan waktu, jika dulu, ya jika dulu aku menerima lamarannya mungkin sekarang aku tidak akan menjadi aku seperti hari ini.

Tidak menyesal dengan keputusan lalu, tetapi terkadang hati terasa hiba melihat orang lain bahagia punya suami dan anak-anak yang menyayangi.

Namun, ketentuan tuhan yang lebih berkuasa menentukan segala-galanya. Dan apa juga yang terjadi walau tersasar dari perancangan kita sebagai manusia, itulah yang terbaik untuk kita pada pandanganNya.

Allah, Allah, Allah. Maafkan aku jika terkadang merungut. Bukan sesuatu yang aku pinta,, namun sekeping hati ini kadang merindu pada yang tidak sudi. If only you know.

"Jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT, InsyaAllah Dia akan menjaga hubungan kita sesama manusia. Tiada kasih pun boleh timbul sayang".

#luahanhati

No comments: