Salam,
Hari ini kami warga AmBank meraikan kehadiran Ustaz Azhar Idrus yang sudi meluangkan masa datang mencurah ilmu kepada kami di Menara AmBank.
Alhamdulillah, seperti kita tahu ia seperti suatu fenomena setiap kali ada kuliah UAI, pasti penuh quorum. Tempat kami yang terhad itu memang padat. Pastinya tiada siapa pun mahu melepaskan peluang mendengar secara live kuliah ustaz.
2-3 hari sebelum kuliah, kami sudah mula menerima soalan-soalan yang bakal diajukan kepada ustaz. Dari soalan yang begitu sempoi sehinggalah yang kedengaran serius. Ustaz layan juga.
Secara peribadi, ini pertama kali saya melihat ustaz memberi kuliah secara langsung. Selama ini hanya berpeluang melihat melalui Youtube. Memang kelakar orangnya tapi saya berpuas hati dengan jawaban-jawaban yang diberi.
Sedikit sebanyak membantu saya mengingat semula apa yang pernah diajar dahulu.
Terima kasih ustaz. Moga ustaz sudi datang lagi ke tempat kami. Seperti ustaz kata tadi, soalan yang berbaki akan dijawab pada perjumpaan kita akan datang! - Ustaz memberi hint kesudian untuk datang lagi. InsyaAllah akan kami usahakan (^_^)
#UstazAzharIdrus
No comments:
Post a Comment