Saturday, March 22, 2014

#08 Aku yang biasa-biasa

Kehidupanku biasa-biasa sahaja. Jika ada pun yang luar biasa, sedikit cuma. Kebanyakannya biasa-biasa sahaja.
 
Tiada yang menarik untuk dikongsi. Rasa segan, malu dan rendah diri masih menebal. Apalah sangat kisah yang ada dalam hidup ini berbanding mereka di luar sana?
 
Tapi tujuan aku menulis bukan untuk meraih perhatian umum. Aku ikhlas menulis. Supaya apa yang dicoret ini dapat aku jadikan panduan bilamana aku tersasar dari arah yang sebenar, mana tahu satu hari nanti ia berlaku. Sekurang-kurangnya ia mengingatkan diri ini yang mungkin telah alpa dan ke laut.
 
Allahu rabbi. Hari ini banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Yang manis untuk dikenang, juga tidak berapa best untuk diingati. Tapi, tak mengapalah...apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.
 
Tahun ini juga banyak peristiwa yang menggembirakan hati. Tahun ini ramai kenalanku melangsungkan perkahwinan. Ada itu yang telah aku kenal sejak tinggal di Sudan dulu. Kenalan sendiri, kenalan keluarga. Ramai benar yang menamatkan jodoh tahun 2014 ini. Alhamdulillah kesyukuran ku panjatkan padaNya.
 
Aku pula masih di awangan. Menanti tidak kunjung tiba. Adakah perlu aku terus menanti? Atau bertindak mendahului langkah. Yang pasti, aku tak punya siapa-siapa ketika ini dan tidak nampak siapakah calon yang sesuai? Benarlah jodoh itu rahsia tuhan.
 
Berikanlah petunjukMu ya Azim Ya Rahman Ya Rahim
 

No comments: