Salam.
28 April 2014
Wahai diariku,
Hari ini dalam sejarah. Benar-benar sejarah. Buat pertama kali sejak menginjak dewasa, aku dimasukkan ke hospital. Ditahan dalam wad kerana kesukaran bernafas.
Hospital bagiku adalah suatu tempat yang sangat asing. Kata mama, aku anak yang paling jarang jatuh sakit. Mempunyai antibody yang kuat sebab suka minum susu sejak kecil. Suka makan sayur-sayuran, sangat kontra dengan adik beradik yang lain. Aku ketawa kecil.
Kesukaran bernafas adalah momen paling menyesakkan dan menyeksakan. Walhal semua tahu aku tidak pernah mengalami lelah sebelum ini. Semuanya bermula sejak lebih kurang sebulan yang lalu. Batuk-batuk yang sekejap surut sekejap teruk membuatkan tahap kesihatan menjunam. Ubat yang diberikan klinik hanya dapat bertahan beberapa ketika cuma. Batuk semakin teruk sehinggalah kemuncaknya pada malam apabila dirasakan dada semakin sempit dan tidak dapat bernafas, abah dan mama berkejar membawaku ke hospital. Emergency treatment.
Dan akhirnya aku di sini...
Sesungguhnya ujian sakit ini hanya sedikit. Aku redha.
Moga ia menjadi penyebab terhapus dosa-dosa kecil masa silam....
No comments:
Post a Comment