Thursday, July 10, 2014

#10 Ramadhan tiba

Salam. 
10 Julai 2014/ 12 Ramadhan 1435H

Diariku,
Ramadhan kali ini menandakan umurku bakal menginjak 29 tahun. Aku di hujung 2 dan di awal 3. 

Entah panjang umur entah tidak untuk menikmati Ramadhan sepenuh bulan. 

Berazam untuk meneruskan bacaan Al-Quran dengan lebih rancak lagi. 

Menjelang Ramadhan, geng usrahku sudah memulakan rutin bacaan Al-Quran "One Day 5 Page". 

Apabila Ramadhan menjengah tiba, kami rancakkan lagi dengan "One Day One Juz" atau singkatannya "ODOJ"

Setiap hari naibah naqibah akan update status terkini pembacaan masing-masing dalam group Whatsapp. Secara tidak langsung mengimarahkan lagi amalan di bulan Ramadhan ini.

Cara  begitu amat menyenangkan hati dan perasaan. Rasa iri hati apabila ada yang sedari awal pagi telah habis sejuzu'.

Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Ini berlumba-lumba ke arah kebaikan. Siapa malas rugi. 

Allah, cuma satu doaku. Agar ditetapkan iman, istiqamah melakukan amalan dan kebaikan. 

Lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini. Bulan di mana aku menyaksikan darah para Syuhada' mengalir laju. 

Lihatlah apa yang terjadi di bumi Gaza ketika ini. Serangan bertalu-talu zionis. 

Allah, jihad ku ini hanya kecil. kecil sekali berbanding usaha mereka di sana. 

Moga setiap sisi kita mendapat setimpal dengan usaha kita.

Namun, syurga Allah itu tidak hanya dicapai dengan usaha semata. Kerana sesungguhnya Rahmat Allah mengatasi segalanya. 

No comments: