Soal kahwin ini, memang sentiasa menjadi topik hangat dalam diari hidup saya. Tak pernah habis. Bila nak habis pun tak tahulah. Bagi yg belum berkahwin macam saya ni, memang tak boleh la nak mengelak. Lebih-lebih lagi di majlis keramaian, kenduri kendara. Soalan dah berpunya ke? atau bila nak kahwin ni? memang sangatlah lazim didengar telinga. Padahal umur saya bukanlah dikategorikan sebagai telajak pun kerana belum berkahwin. Tapi entah kenapa saya seringkali menjadi mangsa usikan orang. Diaorg ini tertunggu2 agaknya siapa pilihan saya. Bak kata seorang kenalan abah, uncle nak sangat tengok siapakah gerangan dia yang bertuah tu. Bertuah juga dapat mertua macam Encik Razak. Ceh, statement uncle tu tak leh blah la.
Tahun sudah saya menyasarkan umur sebelum 25 untuk menamatkan zaman bujang. Tapi nampaknya, mungkin tidak kesampaian. Saya tidak yakin dapat menggapai cinta hati saya itu dalam waktu terdekat. Kecuali jika benar2 Allah mahu mengurniakannya dalam waktu sesingkat ini.
Bukan tidak ada orang yang mahu, akan tetapi hati saya tetap pada yang itu. Tapi masalahnya dia sedikit pun tidak tahu akan perasaan saya ini. Zalimkah saya menolak lamaran orang lain hanya semata-mata mengharap sesuatu yang tidak pasti? Ya tuhan..
Kebelakangan ini saya perasan diri saya sering dikaitkan dengan seorang lelaki ini. Dia bukan siapa-siapa. Kalangan teman rapat juga. Sama-sama belajar di universiti. Perkara ini sebetulnya sudah lama kedengaran akan tetapi baru-baru ini sahaja ianya semakin rancak. Teruk juga saya diusik rakan-rakan lain. Saya sendiri tenggelam punca. Patutlah saya perasan tuan punya diri bersikap serius dengan saya sejak kebelakangan ini. Padahal dia tidak begitu sebelum ini. Marahkah dia? Saya cuba bertanya jika ada sesuatu yang menggangu fikirannya. Jika ia berkaitan dengan khabar angin, saya mohon agar dia abaikan. Kerana saya sendiri tidak ada masa untuk melayan cerita-cerita begitu. Dia hanya memandang saya seperti meminta penjelasan. Dan tiba-tiba dia berkata "Saya dah minta kerja di UK. Mahukah awak ikut saya?" Saya tergamam. I beg your pardon?
Saya semakin tersepit. Saya tidak faham. Saya keliru. Apa yang perlu saya lakukan? Lain yang saya harapkan lain pula yang saya dapat.
Ramai orang yang menasihatkan saya, pilihlah lelaki yang menyayangi kamu. Bukan kamu yang terhegeh2 menyayangi dia sedangkan kamu tidak pasti adakah dia mampu berbuat demikian seperti mana sayang kamu padanya. Tapi jawab saya, sayang menyayangi ini hanya perasaan manusia. Yang memegang hati itu adalah Allah SWT. Memang kalau diikutkan, perempuan perlukan lelaki yang menyayangi dirinya. Itu hanya kerana kita merasakan lelaki ini sebagai pelindung diri kita. Perempuan mana yang tidak mahu disayangi, betul tak? Tapi ini soal hati dan perasaan saya ok. Dalam situasi sekarang, saya masih ditahap samar-samar. Saya masih tidak tahu apa perasaan lelaki yang bertakhta di hati saya tu. Sebab saya sendiri tidak berterus terang. Dah bagi banyak hint pun dia masih tak faham2 (lurus bendul ke? atau jual mahal?) Atau dia sengaja tak mahu faham kerana tak mahu cari penyakit (mungkin?). Atau saya ini memang syok sendiri? Cam Brother Umaq kata, hidung tak mancung pipi tersorong2. Ayat ni memang la sgt berbekas dalam hati saya. Jangan kata saya sensitif.
Ini sangat complicated. Banyak lagi isu semasa yang memeningkan kepala saya tapi isu ini lebih besar kesannya jika saya tak pandai handle. Ya Allah, berikanlah saya petunjuk.

5 comments:
Dear kak fiza,
I hope you will find what u r looking for. memang betul, kita jangan cepat melatah. apepe pun kene dipertimbangkan dengan sedalam-dalamnye. dalam soal hati dan perasaan selalunye akal tidak relevan no matter how you tried to be sensible. the best you can do is try to make sense. lol
apepe pun, nak kawin hantar kad kat saye tau!
Dear Sarah,
Akak pun tengah bengong2 ni Sarah. Entahlah...Allah uji begini. Selalu jadi macam ni. Akak tak ada hati pada orang tu. Tapi bak kata seorang sahabat ni, sbb awak tak letak hati awak kat orang tu mmglah payah. Cuba letakkan dia di hati, tak cuba tak tahu. Tapi maknanya akak kena korbankan perasaan akak pada org yg akak suka la...ah, sangatlah sukar. Apapun, kita tak leh terburu2 kan? n Sarah dont worry, esok2 kalau akak kahwin akak sure umum satu dunia. Pasti. Jemputan khas untuk awak insyallah. (^-^)
okeh, Kak Fiza hutang jemputan kahwin dengan saya. its due when u're getting married. haha
saye selaku org yg tiada hati kat sesape mahupun diminat nih tidak boleh memberi komen banyak2 dalam hal ini mahupun nasihat kerana kekurangan experience. ahaks.
tapi apepe pun kak fiza jgn la tensen ek. sebenarnye inilah rezeki. ada org suka kat kita pun rezeki jugak. berita baik sebenarnye ni. walaupun kita tidak mahu, ia masih perlu dihargai.
Sbb tulah akak kena fikir macamana caranya agak tidak mengecewakan byk hati. Sebenarnya akak hampir terlupa bahawa itu pun satu rezeki dari Allah. Bukan senang kan orang nak suka kat kita. Dalam 20 tahun kita hidup ini, adalah kot sekali dua je peluang cam ni. Sungguh Sarah trm kasih atas peringatan awak tu. Akak kena belajar mcamana nak menghargai perasaan org lain kerana selama ini akak rasa akak terlalu pentingkan diri sendiri.
sama2. kita sama-sama belajar dari pengalaman. hehe
Post a Comment