17-04-2009. Saya ada soalan untuk kaum perempuan. Adakah anda berasa selesa jika ke kedai menjual pakaian wanita, tudung, skaf dsbnya anda dilayan oleh jurujual lelaki? Kedai-kedai di Masjid India contohnya mempunyai ramai pekerja lelaki yang bekerja di kedai-kedai menjual aneka tudung dan pakaian. Adakah anda sebagai perempuan selesa untuk membeli di situ?
Terus terang saya katakan saya agak tidak selesa dengan keadaan tersebut. Ini pandangan peribadi. Tidak ada kena mengena dengan yang lain. Saya berasa kurang selesa hatta mencuba pakai tudung di depan cermin jika mereka asyik memerhatikan tindak tanduk saya. Malu ada. Segan pun ada.
Jadi, apabila membeli belah di tempat-tempat sebegitu, saya lebih cenderung pergi ke kedai di mana jurujualnya wanita. Senang saya melaram dan mencuba pakai. Hati pun senang =)
Saya tidak tahulah bagaimana anda di luar sana. Saya tahu ramai yang menganggap ia perkara biasa. Saya juga tahu, dilayan jurujual lelaki ada kelebihannya. Contohnya, apabila kita dalam dilema memilih antara yang ini atau yang itu, seringkali jurujual lelaki memberi pilihan yang tepat. Ini kerana kita percaya pilihan dari kaca mata jantina berlainan lebih baik. Kerana mereka lebih arif apa yang cantik dipandang, betul tak?
Ada juga di kalangan teman-teman mentertawakan saya apabila saya mula membuka mulut perihal ini. Tapi, inilah realitinya. Saya tidak memperjuangkan persamaan gender secara total, apabila ia diletakkan di tempat yang betul pasti nampak kesempurnaanya. Fikir-fikirkanlah.
p/s 1: Jika anda bukan perempuan tidak bermaksud anda tidak boleh memberi komen. Anda pun berhak menyatakan pendapat anda =)
p/s 2: Saya senang membeli-belah berseorangan, 2 atau 3 orang, tidak lebih. Lebih ramai lebih memeningkan kepala. Tak percaya? Masa 2 jam boleh berlarutan 4-5 jam. Ia sungguh memenatkan.

2 comments:
haha, seingat saya baru sekali saya berpengalaman beli tudung dari lelaki. tapi post ni not applicable to me because saya jenis tak kisah. plus, i dont usually ask sales person opinion.
Sarah, kawan2 akak suka benar ty salesman. akak segan sebenarnya but buat don't know jelah..diaorg yg ty kan bukan akak pun..mmg ramai tak kisah, akak seorang je yg kisah ahakz.
Post a Comment