21th April 2009.
Aktiviti tag-mengetag ni agak popular pd tahun lepas. Tapi tahun ni macam kurang sket. Kenapa ek? Economy downturn kot. Hihi. Walaubagaimanapun, saya berasa teruja bila di tag oleh Cik Wanie. Ada juga org ingat pada saya ye. Syukran Jazilan. Tp Cik Wanie, maaf banyak2 kerana lambat jawab tag awak. Saya perlu cari masa yg sesuai utk menjawabnya kerana tak mahu buat meleweh. Khas untuk awak =)
Aktiviti tag-mengetag ni agak popular pd tahun lepas. Tapi tahun ni macam kurang sket. Kenapa ek? Economy downturn kot. Hihi. Walaubagaimanapun, saya berasa teruja bila di tag oleh Cik Wanie. Ada juga org ingat pada saya ye. Syukran Jazilan. Tp Cik Wanie, maaf banyak2 kerana lambat jawab tag awak. Saya perlu cari masa yg sesuai utk menjawabnya kerana tak mahu buat meleweh. Khas untuk awak =)
So mari kita mulakan dengan lafaz Bismillah
1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.

Cik Norshazwani Othman a.k.a Halawatuliman =) Dia adalah teman blogger saya sejak awal tahun ini =) Kiranya baru beberapa bulan sahaja kami berkenalan dan masih belum sempat mengenali lebih lanjut lagi. Kami hanya berhubungan melalui blog dan itulah dunia kami setakat ini. Saya masih belum berpeluang berjumpa dengannya 4 mata tapi, insyallah jika ada rezeki kami pasti berjumpa kelak =) Kami anak jati johor, sebelah menyebelah daerah, dia dari Muar saya pula dari Batu Pahat lambat laun pasti ketemu juga hihi. She is a-doctor-to-be insyallah while i am a-lawyer-to-be, bidang yang berbeza tapi ukhuwah itu tidak mengenal siapa anda =)
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
10 ke? tak de hal punyer. Bak kata Cik Wanie, kerana ukhuwah hamba turutkan =)
1) Saya lahir pada suatu hari Isnin di bulan Julai. Jika anda pernah terbaca kajian Dato' Dr Fazilah Kamsah tentang peribadi org yg dilahirkan pada bulan ini, saya boleh cakap 90%-nya adalah kebetulan benar belaka. Waahualam. Apapun, sy sentiasa mahu menjadi lebih baik dari diri saya sekarang ini =)
اللهم أَحْسَنْتَ خَلْقِي فأحسن خُلُقي
2) Selain nama sebenar, saya punya banyak lagi nama lain. Contohnya di Sarawak, orang memanggil saya dengan nama Lulu. Di Sudan, Nura dan jika di kampung dan di kalangan sanak saudara saya lebih dikenali dengan nama Nurul Zahar. Macam-macam.
3) Saya pun macam awak Cik Wanie. Saya tak ada langsung ciri-ciri wajah kecinaan mama saya. Hanya mata yang sedikit sepet sahaja. Selebihnya, memang mengikut abah yang berketurunan jawa yang berasal dari Semarang, Jawa Tengah =)
4) Selain itu, saya juga banyak mewarisi sikap abah saya. Kuat semangat dan agak degil (orang katalah). Kadang-kadang saya tercari-cari, apa yg common antara saya dan mama? emm..tapi saya sangat rapat dengan mama tau.
رب آرحمهما كما ربياني صغيرا
5) Setakat ini saya paling handal dalam menyediakan menu masakan mee sardin. Tak ada orang lagi boleh lawan saya kecuali sifu saya iaitu abah saya. Hihihi..6) Saya sebenarnya dalam proses mewarisi kepakaran mama saya memasak dan membuat pelbagai kek terutama pembuatan kek yang paling susah dan melecehkan iaitu kek lapis Sarawak. Itu janji saya pada abah kerana dia tidak mahu melihat kelebihan mama saya itu disia-siakan tanpa ada waris untuk diperturunkan. Haih...
emm apa lagi ek??
7) Saya suka membaca. Ini kerana dalam hidup saya ini, selalu sahaja ada masa terluang untuk membaca. Ketika menunggu bas, dalam keretapi, ketika menunggu pesanan makanan sampai, ketika menunggu giliran membayar bil di pejabat pos dan banyak lagi. Jadi, saya memang pastikan ada sebuah buku untuk di baca di dalam beg. Minat saya ketika ini lebih terarah kepada biography & authobiography books. Semuanya ini gara-gara Barrack Obama =)
8) Saya suka dengar masalah orang. Bukan jaga tepi kain orang tapi saya banyak belajar asam garam kehidupan ini dari pengalaman orang lain =) Ia umpama motivasi buat saya. Sebab itu family law sentiasa menjadi keutamaan dan kecenderungan saya.
9) Sahabat sejati pada saya adalah mereka yang memahami kita tanpa perlu kita menerangkan kepada mereka. Mereka memahami kita samada dalam keadaan susah atau senang. Mereka memandu kita ke jalan kebenaran dan sentiasa menganjur kepada kebaikan. Tindakan mereka itu mencerminkan ikatan ukhuwah yang dibina. Itulah makna sahabat dalam definisi saya sendiri. Sebelum kita memiliki sahabat semulia akhlak begitu, kita perlu mulakan dengan diri kita terlebih dahulu.
10) Selama ini saya dan keluarga sentiasa berpindah randah. Satu tempat ke satu tempat. Satu negara ke satu negara. Kerana itu saya punya ramai kawan, locally and internationally. Tapi jujur saya katakan, saya lebih senang bergaul dengan bangsa asing kerana mereka lebih berfikiran terbuka. Tapi, itu tidak bererti saya pilih kasih. Salah satu sebab kenapa saya tidak berhijrah lagi walaupun masih berpeluang berbuat demikian adalah kerana saya ingin mendekatkan diri dengan masyarakat di sini. Saya mahu ilmu yang saya timba selama ini digunakan untuk berkhidmat untuk masyarakat di Malaysia. Masyarakat Islam terutamanya. Sedaya mampu yang mungkin. Dalam melaksanakannya, integriti itu penting. Semoga saya dan kamu berjaya.
ربنا آتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من أمرنا رشداٌ
Izinkan saya mengakhiri tag ini dengan sadaqallahul azim. Cukuplah sampai di sini. Saya tak ramai kawan blogger yg suka tag mengetag. Terima kasih Cik Wanie. Saya sudah mula merasa halawatuliman dengan resipi ukhuwah yang tercipta =)
اللهم ألف على الخير بين قلوبنا وأصلح بيننا وأهدنا سُبُلَ السلام ونَجِّنا مِن الظُّلمات إلى النور وجَنِّبنا الفواحش والفِتن ما ظهر منها وما بطن وبارك لنا في أسماعنا وأبصارنا وقلوبِنا وأزواجنا وذرياتنا وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم واجعلنا شاكرين لنعمتك مُثْنِينَ بها قابِليِها وأَتِمَّها علينا
Ya Allah, perbaikkanlah hati-hati kami dalam kebaikan dan perelokkanlah hubungan antara kami, dan tunjukkanlah kami jalan-jalan ke syurga-Mu dan selamatkanlah kami dari kegelapan kepada Nur-Mu dan jauhilah kami daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan fitnah sama ada yang zahir atau tersembunyi. Berkatilah kami pada pendengaran kami, penglihatan kami, pasangan-pasangan kami dan zuriat-zuriat kami. Terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat, dan jadikanlah kami mensyukuri nikmat-nikmat-Mu dengannya, menerimanya, Sempurnakanlah ia ke atas kami ~ al-Tabrani n0 1430.
2 comments:
salam.
cik lulu!
jazakillah ukhti! huhu. cepat sebenarnya cik lulu menjawab tag ni. saya sebenarnya ambil masa berbulan bulan nak jawab tag kawan saya. apalah saya ni, bukan susah pun sbnrnya jawab soalan tag, tapi suka tangguh2. saya selalu cakap pasal ukhwah, tapi sepatutnya setakat jwb soalan ciput tag drpd kwn sy ni, boleh je jawab dgn cepat. malu saya dengan cik lulu. isk isk..
terima kasih ye cik lulu. best sebenarnya dpt kenal dan tahu lebih lanjut tntg kwn yg kita baru kenal. harapnya kita dpt jumpa nanti. hihi.
salam ukhwah! doakan saya cemerlang dalam peperiksaan!
halawatuliman
sheffield, uk
Ukhuwah untuk dirasai, dinikmati dan ia juga perlu dibelai. Terlalu ramai yang mampu mencipta ukhuwah namun layu di tengah jalan lalu mati sepi di akhir jalan. Semoga saya, awak, dan semua yg mengerti apa itu ukhuwah terus bersama membajai ikatan tersebut demi mecari redha ilahi.
Saya doakan awak berjaya di dalam bidang awak Cik Wanie! Dan sy bangga dengan awak kerana terus gigih dgn dakwah islamiyah walau jauh di bumi asing. Ketahuilah langkah2 pendaei tidak akan pernah suram kerana Allah sentiasa bersama mereka menunjuk jalan =)
Salam ukhuwah juga dari saya!
Post a Comment